Tuesday 6 September 2011

Susur masa

Merayap jauh imaginasi aku
ke sudut bilik kemudian jauh ke luar kota
hinggap ke denai mencari ketenangan
entah ke mana
arah aku mahu tuju
angin dan lalang
dua-duanya adalah aku

Aku dan hidupku
dalam susur masa kehidupan.
beginilah juga aku
dahulu dan kini
mungkin transformasi tiada efektifnya.
Sejarah yang mengulang dan mengulang tayangan filem ku sendiri
Seperti si bodoh yang terus menjadi bodoh.

Kehidupan itu adalah satu nikmat bagi orang yang mengertinya
kata-kata kau pada ku masih segar.
Tetapi.
nikmat yang aku kecapi sudah tamat
setelah kau mengariskan sempadan antara kita.
Ternyata nikmatku adalah kamu.


Susur masa yang terus berjalan
seperti gerabak yang bergerak
dan berhenti pada setiap perhentiannya
Terhenti pada zon-zon masa.
Di atas litar kehidupan yang tidak menentu
kau yang sudi menempuh perjalanan bersama aku
yang pernah singgah pada perhentian ku
ku ucapkan terima kasih dan selamat jalan :)

No comments:

Post a Comment