Tuesday, 6 September 2011

Mulut langsi minta ampun

Kau mulut macam haram
cakap depan cakap belakang
sama haram
Langsi kau, aku bagi kau!

Amarah menguasai diri.
tertutup mata sendiri
mata hati memaki yang tak pasti.
tutup aib sendiri sibuk tepi kain aku.
Domba sana sini mengadu

Manis,telunjuk?Jari apa lagi mahu kau tunding.
Jari tengah?
Pada siapa?
Pada sesiapa sahajalah kecuali kau!

Kesemua beban kau campak.
kau bebas daripada  penjara
banduan yang terlepas.
akhirat sana kau terkurung di neraka!
Awas padah menimpa!

Donggakan kepala
pandang ke atas
hei,Tuhan itu Esa.
Maha pencipta
kita ini semua sama.
bila telanjang
jantina sahaja yang berbeza.
yang terjuntai
yang membulat.

Persalahkan,dipersalahkan
kesalahan yang tiada hujungnya
sedarlah diri ini manusia.
manusia dan manusia
busuk sama-sama.
Ampun maaf penutup semua.


Nurkilan aku tujukan pada diriku sendiri dan kesemua yang terasa dirinya selalu menyalahi dan memaki hamun.Sedarlah diriku dan diri kamu dan kamu semua.Kita ini tak terlepas dari dosa.Janganlah kau menghukum seseorang atas kesalahan yang kau cipta sendiri.Berilah peluang pada kemaafan dan harmonikanlah persahabatan.

No comments:

Post a Comment